mutiara kata:

" Kadang-kadang Allah swt sembunyikan matahari...Dia datangkan petir dan kilat...kita tertanya - tanya kemana hilangnya sinar..rupa-rupanya...Allah swt nak hadiahkan kita pelangi "

Wednesday, June 30, 2010

Eh,eh,eh tetiba facebook boleh online kat opis

slm..& berbahagia..
Sudah 2 ari(29&30 hb Jun 2010), FB boleh bukak kat opis.kalu dulu memang x boleh..x tahu apsal..ke geng diorang nak buat servey brapo ramai staff bukak FB kot?ke diorang cuba buat perangkap kpd staff?tp aku dah bukak FB pon, siap chat ngan kawan lama aku yg berada di UIA,Kuatan & sepupu yg berada di Perlis.Memang keje aku kat opis terganggu sikit, rase mcm best pulak chat ngan teman diluar sana...keje aku nih ade yg belum aku selesai kan.Aku longgok kan atas meja..x baik kan..argghhh..sekarang aku tengah leka lagi...sambil tengok geng blogger serta menghirup kopi panas...kerja yg URGENT pon xder....selesa rasanyer sambil didendangkan dgn lagu yg best didengari..

"Jgn leka dibuai FB tuh,sesungguh FB dicipta bagi melalai kan manusia, itu kiter harus sedar"

Tuesday, June 22, 2010

Menikmati keindahan Lautan sambil appolo ikan kunyit di Nenasi,Pahang

slm,
18 hb Jun 2010- Ptg tuh, aku pulang awal dr. opis disebabkan nak packing sikit barang/alat memancing.Sejurus shj sampai di umah terus capai semua peralatan pancing, beg, kasut dan susun depan pintu umah.Nasi kukus ayam goreng di jadikan mkn mlm..jam menunjuk pkul 8.20pm, aku bergerak umah menuju ke opis.Sebaik shj sampai, diaorang(Nasa,apizz & zali) dah ready kat parking P1, Maju junction..Jam 9.0o lebih bertolak ke kuantan.Dlm perjalanan..semasa singgah di stesen minyak petronas bentong, kami nampak kejadian hendak bertumbuk dan maki hamun di antara brother melayu ( bawak lori ) dan 2 org chinese muda (bawak myvi biru).Pada masa tuh, semua mata terarah kepada kejadian itu. Jam 12.30 a.m/19 hb Jun 2010, kami selamat tiba di umah ibubapa Nasa (Taman Sepakat) dan solat lalu terus tido...
* info: .Depan umah ibubapa nasa ader pokok mangga & 2 biji kete suzuki swift kuning & biru.. minat kete swift kot.
19 hb Jun 2010 - Tersedar daripada tido,basuh muka dan terserempak ngn ayah nasa, Salam dulu.."pakcik" kata aku. Akupon bersiap2, hampir jam 5.00a.m, kami bertolak dari Taman Sepakat menuju ke Nenasi.Setelah sampai di Nenasi,kami singgah di masjid (dah lupa nama masjid tuh) kami mandi2, gosok gigi dan bersolat..sesudah itu, bertolak menuju ke Jeti Nenasi dan breakfast roti telor & tea O panas.. Jam 11.00 a.m, baru naik boat.Tensen nyer menunggu boat dan shofi.Info yg aku perolehi,mengata boat sepatut kitaorang naik telah rosak dan di ganti ngan boat lain yg bersaiz kecik drp boat yg asal ( x syok lah, tidak seperti yg dirancang).Setelah shofi dtg, barulah boat bertolak menuju ke tukun bg tujuan mencari umpan idup dgn menggunakan kaedah 'Appolo'. Terasa best appolo, nyelah maner x best sekali naik 5,6 ekor sekali ikan kunyit.bersaiz 3,4 jari saiz tangan aku.kami bergerak dr tukun ke tukun lain mencari ikan.Penat jugak,tp paling aku x suka ialah bile bab nak buang air.Diorang(apizz& zali) dgn selamba berdiri keluarkan 'pistol' lalu pancut air kat depan boat terus ke laut..aku pon terpaksa ikut cara diorang sbb dah x boleh tahan,bang..Sepnjng tempoh siang hari memancing memang cuaca dlm keadaan baik, tp ikan besar tak naik2 lagi.., hampir mlm..boat bergerak ke tukun paling jauh iaitu berhampiran pulau berhala.Boat yg dinaiki oleh kami adalah kategori A iaitu tidak boleh melebihi 20km dr persisiran pantai (kalu x silap akulah).Mlm tuh, aku labuh kan joran baru,keadaan laut semakin bergelora berserta angin kuat yang mengoyangkan boat kami..perasaan takut tuh memang ader,takut lah kot kot terbalik,dah lah x pakai jaket keselamatan.Bile angin semakin kuat,laut semakin bergelora..tekong start enjin boat dan bergerak dr situ..time tuh, joran aku langsung ikan x sentuh...x tahu naper (xder rezeki) tersangkut ader lah..aku ingat ikan besar rupa2 dpt batu karang..kuat betul tali joran aku, red spider,warna merah,50 lbs...sampai patah batu karang tuh..mlm tuh boat asyik bergerak shj..melarikan boat drp terkena ribut di lautan..dari pengalaman aku, memang susah aku nak tido atas boat disebabkan ketiadaan tempat untuk tido..aku tido atas lebihan gulungan tali sauh,walaupun tali tuh mcm basah2 sikit..akhirnya dpt aku lelapkan mata sekejap..
20 hb Jun 2010 - 5.00 a.m, aku tersedar diorang belum sedar lagi...jam 6.00 a.m aku call wife aku..kejutkan dia,biasa dia kejutkan aku pepagi..kali ni aku kejutkan dia...sungguh pantas masa berlalu sekejap jer..cuaca dah terang..aku duduk di depan muncung boat.sambil menikmati udara segar laut dan permandangan permukaan laut di waktu pagi..memang cantik dan medamaikan...syukur kpd Allah s.w.t dapat gak aku rase akan nikmat ciptaan-Nya..memang xder kat k.L tuh.Xpdc memancing diteruskan..joran aku masih tidak menaikkan ikan seperti yg diharapkan..cuma chief aku yg dapat menaikkan ikan bersaiz besar iaitu 1.7kg,ikan aruan tasek.Kemudian boat bergerak ke tukun terakhir konon2 nak memburu kerapu, pon x dpt gak..dalam xpdc tuh, hanya 2 ekor ikan dpat naikkan ( aruan tasik,1.7kg dan ikan ape ntah,230 gram) selebih nyer ikan hasil appolo, ikan kunyit paling byk,baby kerapu 6 ekor...kemudian kami bertolak ke jeti, sewaktu dijeti sempat gak aku beli ketam 2 kilo(1 kg=9.00) ,teringin lak nak mkn ketam..kemudian bahagi - bahagi kan ikan..mandi,tukar pakaian di masjid..makan di pekan dan menuju ke taman sepakat antar Nasa di rumah ibubapanya dan terus pulang ke K.L...lebih kurang pkul 11 lebih..sampai umh..penat jugak lah..tp seronok disebabkan dapat menikmati keindahan alam dan pengalaman baru memancing di tengah - tengah lautan..
* Xpdc memancing kali memang kurang memuaskan,dgn ketiadaan ikan..org lain yg mendengar aku pergi ke laut memancing ikan mcm kebingungan, kohkohhokhohokhokh...next time pergi lagi bg xpdc balas dendam..
singgah di masjid ini utk solat,mandi,tukar pakaian & sebelum
sarapan pagi dan ke jeti nenasi
Nasa, Zali & Apizz(dari kiri) yang bersedia nak tolak
barang2 ke dlm boat
bersiap sedia nak turun kan brg2 & alatan memancing.


boat dah bersedia hendak membelah lautan
boat telah bergerak menuju ke lautan
Nasa sedang 'prepare' kelengkapan memburu ikan besar..
joran aku yg telah sedia di pasang kekili,2 joran utk
bottom & 1 joran utk appolo
theufo posing dengan pakaian lengkap(without glove)
memburuikan jenahak ke,kerapu ke...
kepenatan memancing di tengah lautan,tapi chief(yg pakai
topi)memang kental,memang kental,panas terik
pun,ilek jer..
permandangan di waktu senja, kelihatan pulau berhala (warna itam tuuh)
di dlm picture adalah merupakan lokasi tukun paling
jauh drp daratan
ini ikan kunyit,hasil tangkapan menggunakan appolo,memang
enjoy,sekali naik 5,6 ekor..
minum air mineral pon byk gak,hauss betul,panazz,panazz...
ikan kunyit
sotong yg dipancing oleh tekong/driver boat..

Monday, June 14, 2010

Kasut Futsal Adidas Sala Merah,Milik Ku..Tunjukkan Kehebatan Mung.

Slm,
14 hb Jun 2010 ,Isnin - Aku baru sahaja membeli kasut adidas sala yang baru yg berharga Rm 179.00, tetapi aku telah menggunakan kad kredit dan harga kasut tersebut menjadi Rm 182.50. AWASSS!!!!..elak drp suka meng 'goress' kad kredit anda...kerana dgn kad kredit, boleh menyebabkan anda menjadi muflis...kebanyakkan org yang bermasalah kewangan adalah berpunca drp penggunaan kad kredit yg tidak berhemah...Aku pon takut gak..tp aku sematkan dlm ati aku,jgn guna kad kredit..kalu guna terus byr.Maybe aku terpengaruh dgn opis mate aku...dia pon beli adidas colour hijau putih pon pkai kad kreadit.,hehehe..Berdasarkan kpd perasaan,pengamatan & pengalaman mencuba kasut ni memang terasa akan SALA nyer...kohkhkokohkohkoh.Kasut nie memang selesa seakan anda memakai kasut jogging..angin boleh menembusi kain ( kain jaring2), Tapak kasut pula lembut dan tidak keras mcm kasut futsal yg lain..harga pon boleh tahan gak lah...ku korban kan, demi keselesaan kaki ku.. Jadual game futsal adalah esok harinyer (15 hb Jun 2010) di PJ,seksyen 13, 8.00 pm sehingga 9.00pm selepas magrib..Harap2 dapat ku jaringkan gol bersama kasut baru ku ini...Ramai kwn2 yg lama x main futsal, x pandai main futsal pon join gak..kpd kwn aku tuh helmi,aku lantik ko sbg manager...tahniah (beliau tidak tahu akan perlantikan beliau,kohkohkohkohkohkoh)....akhir kata drp aku :

" MaJu lah sukan untuk negara " pssttt...pssttt..MJ...mlm jumaat,kihkihkihkihkihkih

Friday, June 11, 2010

Menjelang World Cup 2010, Demam Bola?

slm...Mlm nie, menjelang world cup 2010, demam bola sepak sudah dirasai akan kepanasan demam bola sepak....kalu pergi mane2 tema bola mesti ader. Malah dalam TV pon citer bola..citer nenek hebak sepak bola pon ader kat astro...kohkohkohkohkoh..memang hebak promosi...tp jgn lupa, saudara kiter yang dizalimi di bumi palestin., hancurlah isreal!!!..Org ramai pon dah nak start beli jersi bola sepak negara pilihan masing2.Dah tak kira Ori ke cap ayam, mesti nak beli gak...padang2 futsal akan di banjiri dgn player2 yang berangan nak buat skill kat padang mcm dlm tv..kalu dulu pengujung bola sepak futsal/padang yg 1 kali ganda akan meningkat 2 kali ganda dgn mendadak....maka jadual tido harian akan berubah...biasa tido awal akan tido lewat mlm,terlepas subuh,lewat solat suboh,mengantuk di opis, mak/isteri akan meng 'upgrade' kan leterennyer...bill elektrik pon meningkat.Sampai sahaja di opis, soalan2 biasa ditanya di waktu pagi ketika sarapan...." semalam negara _____ tuh kalah ke menang?"menang "berape goal?"
aku pon meminati bola, negara pilihan aku ader byk, Spainyol, Belanda, Brazil & Argentina

Hirup teh panas di piring -Pengalaman sEwaktu Kecik2

slm, suatu ketika tengah syok bersembang ,berborak ngan kwn aku, tetiba kwn akubagi soalan ini "ko penah minum air dalam piring time kecik2 dulu tak?" katanyer...terus aku terbayang di waktu kecik2 dlm umur 4,5,6 tahun atau time sekolah tadika kot...(aku x pasti).Yang aku ingat adalah time ayah aku bawak aku ke kedai mamak untuk beli sarapan pagi.Sambil menunggu roti siap( tengah di tebar oleh mamak kot). Ayah aku akan order teh tarik 2 cawan.Satu cawan lagi, ayah aku menuangkan dalam piring untuk aku minum, supaya air teh tarik tuh cepat sejuk..betullah, ape yg di ajar oleh guru2 dlm subjek sains..semakin besar atau lebar permukaan sesuatu air panas maka lebih cepat haba akan terbebas..maknanya air panas di dalam pinggan lagi cepat sejuk berbanding di dalam gelas.. balik kepada cerita aku minum dlm piring..mase tuh kalu x silap mamak pasang gusti ...ramai pakcik2 mase tuh...dan ader satu tempat yang masih ingat adalah di kedai mkn/kantin di kem transit tentera darat di Jalan Ampang...dulu ayah aku seorang tentera darat..

p/s: teringat peristiwa tuh,aku rasa bahagia nyer pada masa itu...aku sayang ayah & ma

Wednesday, June 9, 2010

Majlis Pernikahan Adik Ipar.

slm, 27 hb Mei 2010,Khamis- Adalah hari kebesaran pengantin(adik ipar aku) kerana hari itulah hari bersejarah bertukar status drp bujang kepada suami..ketika itu, aku berada di umah ayah mertua ku di to' uban, pasir mas,kelantan...aku lihat di langit,malam itu suasana nyaman dgn disinari bulan yang cerah,bintang2 bertaburan...wah, cantik sungguh ciptaan Allah swt.Majlis akad nikah dijangka slps solat isyak...Pada mlm itu, kacak bergaya adik ipar aku dgn mengenakan baju melayu putih dan soket..selepas masuk waktu isyak,keadaan kelam kabut sedikit...pengantin(my adik ipar).mereka sudah bertolak ke Masjid utk majlis penikahan itu..aku masih belum bertolak lagi, slps bersiap...dgn pantas aku bertolak ke masjid,nasib aku baik kerana majlis akad belum bermula..dengan segera aku memasuki masjid dan menghalakan muncung kamera ke arah pengantin.....semasa aku hendak memasuki masjid, sempat aku menjeling ke arah pengantin pompuan dan beberapa awek2 di sekitar pengantin pompuan,hati kecil ku berbisik.."wah awek skrng,lawa-lawa gak..."sebelum akad nikah

Alhamdulillah,akad nikah telah pon selesai..

slps selesai akad nikah dan bergambar, kami dijemput utk mkn mlm di rumah pengantin pompuan..mlm tuh aku balik umah. mkn byk,siap tambah lagi..hehhehehe...selesai mkn mlm..aku ngan my wife bertolak.
sesi mencium dahi selepas majlis akad nikah

pada kesesokkan,28hb Mei 2010,Jumaat- Majlis perkahwinan adik ipar aku di waktu petang selepas solat jumaat, pkul 3.30pm..rombongan adik ipar aku akan ke rumah pengantin pompuan...selepas melihat pelamin pengantin,ape lagi pi pekena nasi kenduri lah...





Persediaan Untuk Melihat Keindahan Lautan Luas Ciptaan Yang Maha Esa

slm..
Sekejap sungguh masa berlalu....tut tut tut...dah bulan Jun.Masa terus bergerak dan x berhenti..sbb tuh ader pepatah melayu "Masa Itu Emas". ermmm...(sambil tarik nafas) minggu nih adalah minggu terakhir (14 hb hingga 17hb Jun 2010) persediaan bagi percutian/pengalaman baru yang akan aku duduk tengah - tengah lautan luas...seluas mata memandang, sejauh mata memandang...xtak sabar rase nyer nak tengok lautan /ombak yang bergelora dan mengalami gelora serta ombak memukul bot nelayan seperti mana perasaan nelayan semasa berada di atas bot mencari hasil lautan untuk dijadikan rezeki..IsyaAllah dengan pengalaman ini, harap2 aku terasa betapa kecilnya ,kerdilnye,halusnyer diri aku ini...Ya..Allah swt, aku bermohon semoga perasan itu hadir dalam diri aku......

Trip memancing nenasi,pahang ini di anggotai chief(Rahman), shofi,saudara shofi,saudara chief, Nasa, Zahly, Appiz & aku.Perancangan dibuat pada akhir tahun lepas, dan bayaran setiap bulan dikenakan(Rm 20.00/month).Jumlah sewa boat sebyk Rm 1,000.00 dan aku ditugas utk membeli 6 botol air berkarbonat,4 bungkus roti & kaya.Mengikut seperti dirancang, aku,zahly & apizz akan bertolak pd pkul 11.00pm dgn menaiki myvi.Pada 2 hb Jun 2010 lalu,aku telah pergi membeli belah di kedai alatan memancing takcle kepong.aku telah habis sebanyak Rm 55.50 antara alat2 yg dibeli seperti batu ladung,mata kail,perambut dll.Peralatan memancing banyak lagi perlu dibeli seperti tali pingikat,bekas simpan perambut dll.

Batu ladung utk appolo

Batu ladung memancing

Appolo

Perambut

Mesin joran adik ipar.

Mesin aku