mutiara kata:

" Kadang-kadang Allah swt sembunyikan matahari...Dia datangkan petir dan kilat...kita tertanya - tanya kemana hilangnya sinar..rupa-rupanya...Allah swt nak hadiahkan kita pelangi "

Friday, July 30, 2010

Surge Protection Device ( Alat Pelindung Arus Pusuan)

aslm...
30 hb Julai 2010 - aku telah meghadiri taklimat kursus mengenai Surge Protection Device (SPD) bertempat di opis JKR dan aku adalah salah seorang staf yg handle bhgn latihan & kursus di unit aku.Presenter taklimat tersebut adalah seorang pegawai ( wanita berpangkat Ir.) yang berpengalaman dan mahir dengan spesifikasi JKR(LS-1). Jam 10.00a.m, presenter sampai dan sepatutnya mula pkul 9.30a.m. Alaaa...biasa lah janji melayu...anak murid tunggu cikgu dtg xper, jgn, cikgu tunggu anak murid dah ler,itu kuang ajo namanyer...Kesemua pegawai unit aku hadir iaitu seramai 17 org termasuk my big boss( lady boss).
Surge Protection Device (SPD)

Ape itu SPD?
- SPD merupakan peralatan elektrik bagi sistem pemasangan elektrik shj dan tidak dipasang pada sistem pemasangan telephone.
- SPD adalah merupakan satu peralatan yang dipasang bagi melindungi peralatan elektronik daripada mengalami kerosakan/terbakar daripada akibat surge lightning (arus pusuan).

Apa itu arus pusuan ( surge lightning)?
mengikut pemahaman saya..

Adalah satu kejadian ciptaan Allah swt..iaitu:
1) Sebelum lightning berlaku, negara kita merupakan negara yang mempunyai awan yang tebal dan apabila berlaku pergeseran di antara awan lalu meghasilkan cas - cas.Pergeseran cas akan menyebabkan berlaku lightning (kilat).

2) Setelah lightning berlaku, maka terhasil satu arus yang tinggi dlm jangkamasa yang amat pantas, mikro saat..dengan frekuensi yang berlainan iaitu multi frekuensi dan akan melalui kabel bwh tanah dan terus ke MSB, SBB, DB (harap dah tahu singkatan tersebut) dan "PPPAANNNGGG"!!!!! terkene peralatan elektronik,lalu rosak dan terbakar...dan itulah sebab dicipta SPD nih.

Kenapa kite pasang SPD?
- Melindungi drp. arus lebihan dlm jangka masa yang sgt singkat.
- Untuk melidungi peralatan elektronik daripada rosak.
Perkara yang menyebabkan surge/over voltage ialah Lightning & Swicthing.

Fungsi SPD?
- Mengalihkan surge tersebut ke bumi (earth) dengan seberapa pantas yang boleh.
- Sekarang, peralatan elektronik yg sensitif yang dilindungi SPD seperti komputer, modem, kamera sebagainya dilindungi.

Kesan kepada peralatan elektronik ,jika tidak pasang SPD atau silap design SPD
- Akan menurunkan kualiti peralatan elektronik
-Terbakar

brand yang biasa pakai ialah marsa (sila kllik utk maklumat lanjut)..pilih barangan buatan malaysia...mengikut kata - kata pengilang dan org berpengalaman menyatakan...SPD buatan malaysia adalah bagus kerana..kite test product tersebut dlm iklim malaysia yang kadar ligthning tahunan lebih kerap berbanding produk luar negara yg kadar lightning tahunan yg rendah.
" so pilih buatan malaysia.."

" semua terjemaah di atas adalah berdasarkan pemahaman saya semata - mata, jika terdapat salah dan silap sila betul pemahaman saya......belajar sampai liang lahat."

Monday, July 19, 2010

Pesta Flora 2010 - Putrajaya

Slm, 10 hb Julai 2010- aku & family aku telah menghabiskan masa di waktu petang di Pesta Floria Putrajaya serta cuaca mendung menyelubungi pd ptg tuh...pengunjung yg melawat pesta floria tidak putus-putus...org ramai terus membanjiri. Ketika aku duk dtengah2 org ramai,pasti banyak gelagat org dapat dilihat..ader yg pakai cermin mata gelap(walaupun cuaca mendung) dan berbagai2 posing ditepi pokok bunga..ader yg tak puas hati disebabkan banyak gangguan ketika nak capture picture. Ader yg bawak kamera yg dasyat2,cantum sampai pjg...kamera lumix aku digantung dileher...berat & rimas gak duk tergantung dileher...suasana mlm pon diorang buat dlm dewan ngan siap bunyi unggas, cenggerik, burung dan mcm2 lagi...memang cantik bunga - bunga yg ditanam dan dibuat decoration bagi sesebuah pasu bunga...antara bunga yg menarik perhatian aku adalah bunga orkid,hajat wife aku nak beli pokok bunga..setelah di advice oleh aku,wife aku x jadi beli...sbb x sesuai utk rumah skrng(rumah sewa bukan rumah sendiri,kalu umah sendri xperlah)..bermacam2 adaa...(versi pakcik iklan astro) dr segi saiz colour & bentuk..berikut adalah beberapa picture yg telah di 'snap' for kenangan..pda waktu itu...

Laluan masuk ke Floria Keindahan Tropika.

Sini lah tempat ramai pengunjung duk posing


Aleya, Mywife,Mak ngah & Ayah Li

Ntah, apa nama bunga nih.

Wahh...cantik kan..

Wahh, indahnyer..


Wahh...segar minda rasenyer..

Antara yg menarik perhatian aku,Hasil kreatif anak
sape lah nih..

Monyet x mkn pisang.

Hasil kreatif ,biawak jadinyer drp daun2,bunga2..

Hasil kreatif yg memenangi Gold Festival & Taman
Putrajaya (bukan org nyer)

Antara yang bersaing merebut gelaran gold di floria


p/s: bersyukur pd Allah SWT, dapat aku menikmati keindahan ciptaan-Nya yang bermcm2 bentuk,warna,bau dan setiapnya tidak serupa..

Wednesday, July 14, 2010

laptop mywife dah pening - pening & pengsan

aslm...
12 hb Julai 2010 - laptop(notebook) mywife dah pening2 & terus pengsan sampai ke ari nie...x sedar - sedar lagi...ini menyebabkan mywife semakin gusar dan pening sbb hendak menyiapkan tesis projek. Aleya (anakku) telah menekan butang on & off berulang2 kali sehingga notebook pon terus menjadi blue skrin...dan disyaki window corrup...sekarang aku x boleh melayari internet dan x dapat meng 'update' blog dirumah..nasib baik blog aku boleh bukak di opis.....semalam(13/07/2010), notebook di hantar ke rumah adik ipar aku untuk mengenal pasti penyakit yg dihadapi oleh notebook(dell).Menurut adik ipar aku, maybe disebabkan harddisk rosak dan perlu ditukar.Mywife risau akan kandungan file projek,gambar anakku & family maybe akan hilang sekiranya notebook di format kan. Mywife siap menangis lagi sebab notebook rosak, nak marah Aleya, kecik lagi...selepas rosak notebook tuh, aleya siap sengih2 n lompat2...aku rilek jer, sbb semua tesis projek dah save dlm external hard disk.Usia notebook tuh sudah menjangkaui 6 tahun dan memang tahan lasak maybe notebook tuh dah tua kot.mywife terpaksa pinjam notebook adik ipar (acer) untuk menyiapkan tesis projek.

Friday, July 2, 2010

Syukur,nasib penghuni RTK dibela.

SYUKUR...penghuni RTK membaca Yasin selepas solat hajat sebagai tanda kesyukuran
slm..
Syukur kpd Allah swt..penghuni Rumah Titian Kasih (RTK) di Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, mereka akhirnya kembali mendiami rumah berkenaan jam 6 petang semalam ( menurut harian metro ari nie).Aku pon turut gembira,apabila dengar perkhabaran ini...syukur..syukur..kepada mereka (yang telah terlibat dalam menyelesaikan masalah penghuni RTK,aku doakan semoga mereka sihat dan dirahmati Allah swt.
Mengimbas kejadian lpas,sewaktu melihat & mendengar keluhan penghuni RTK tuh di berita TV3...hampir2 aku bergenang air mata(dah bergenang air mata pon) di mata mendengar kisah tuh, sayu nye ati kau(aku memang jenis ati yg mudah disentuh),aku kesat air mata senyap2...x nak kantoi ngan bini & anak saudara aku.....

Semoga kehidupan penghuni RTK terus dibela dan memperoleh kesejahteraan...
p/s : buat baik dibalas baik..

Wednesday, June 30, 2010

Eh,eh,eh tetiba facebook boleh online kat opis

slm..& berbahagia..
Sudah 2 ari(29&30 hb Jun 2010), FB boleh bukak kat opis.kalu dulu memang x boleh..x tahu apsal..ke geng diorang nak buat servey brapo ramai staff bukak FB kot?ke diorang cuba buat perangkap kpd staff?tp aku dah bukak FB pon, siap chat ngan kawan lama aku yg berada di UIA,Kuatan & sepupu yg berada di Perlis.Memang keje aku kat opis terganggu sikit, rase mcm best pulak chat ngan teman diluar sana...keje aku nih ade yg belum aku selesai kan.Aku longgok kan atas meja..x baik kan..argghhh..sekarang aku tengah leka lagi...sambil tengok geng blogger serta menghirup kopi panas...kerja yg URGENT pon xder....selesa rasanyer sambil didendangkan dgn lagu yg best didengari..

"Jgn leka dibuai FB tuh,sesungguh FB dicipta bagi melalai kan manusia, itu kiter harus sedar"

Tuesday, June 22, 2010

Menikmati keindahan Lautan sambil appolo ikan kunyit di Nenasi,Pahang

slm,
18 hb Jun 2010- Ptg tuh, aku pulang awal dr. opis disebabkan nak packing sikit barang/alat memancing.Sejurus shj sampai di umah terus capai semua peralatan pancing, beg, kasut dan susun depan pintu umah.Nasi kukus ayam goreng di jadikan mkn mlm..jam menunjuk pkul 8.20pm, aku bergerak umah menuju ke opis.Sebaik shj sampai, diaorang(Nasa,apizz & zali) dah ready kat parking P1, Maju junction..Jam 9.0o lebih bertolak ke kuantan.Dlm perjalanan..semasa singgah di stesen minyak petronas bentong, kami nampak kejadian hendak bertumbuk dan maki hamun di antara brother melayu ( bawak lori ) dan 2 org chinese muda (bawak myvi biru).Pada masa tuh, semua mata terarah kepada kejadian itu. Jam 12.30 a.m/19 hb Jun 2010, kami selamat tiba di umah ibubapa Nasa (Taman Sepakat) dan solat lalu terus tido...
* info: .Depan umah ibubapa nasa ader pokok mangga & 2 biji kete suzuki swift kuning & biru.. minat kete swift kot.
19 hb Jun 2010 - Tersedar daripada tido,basuh muka dan terserempak ngn ayah nasa, Salam dulu.."pakcik" kata aku. Akupon bersiap2, hampir jam 5.00a.m, kami bertolak dari Taman Sepakat menuju ke Nenasi.Setelah sampai di Nenasi,kami singgah di masjid (dah lupa nama masjid tuh) kami mandi2, gosok gigi dan bersolat..sesudah itu, bertolak menuju ke Jeti Nenasi dan breakfast roti telor & tea O panas.. Jam 11.00 a.m, baru naik boat.Tensen nyer menunggu boat dan shofi.Info yg aku perolehi,mengata boat sepatut kitaorang naik telah rosak dan di ganti ngan boat lain yg bersaiz kecik drp boat yg asal ( x syok lah, tidak seperti yg dirancang).Setelah shofi dtg, barulah boat bertolak menuju ke tukun bg tujuan mencari umpan idup dgn menggunakan kaedah 'Appolo'. Terasa best appolo, nyelah maner x best sekali naik 5,6 ekor sekali ikan kunyit.bersaiz 3,4 jari saiz tangan aku.kami bergerak dr tukun ke tukun lain mencari ikan.Penat jugak,tp paling aku x suka ialah bile bab nak buang air.Diorang(apizz& zali) dgn selamba berdiri keluarkan 'pistol' lalu pancut air kat depan boat terus ke laut..aku pon terpaksa ikut cara diorang sbb dah x boleh tahan,bang..Sepnjng tempoh siang hari memancing memang cuaca dlm keadaan baik, tp ikan besar tak naik2 lagi.., hampir mlm..boat bergerak ke tukun paling jauh iaitu berhampiran pulau berhala.Boat yg dinaiki oleh kami adalah kategori A iaitu tidak boleh melebihi 20km dr persisiran pantai (kalu x silap akulah).Mlm tuh, aku labuh kan joran baru,keadaan laut semakin bergelora berserta angin kuat yang mengoyangkan boat kami..perasaan takut tuh memang ader,takut lah kot kot terbalik,dah lah x pakai jaket keselamatan.Bile angin semakin kuat,laut semakin bergelora..tekong start enjin boat dan bergerak dr situ..time tuh, joran aku langsung ikan x sentuh...x tahu naper (xder rezeki) tersangkut ader lah..aku ingat ikan besar rupa2 dpt batu karang..kuat betul tali joran aku, red spider,warna merah,50 lbs...sampai patah batu karang tuh..mlm tuh boat asyik bergerak shj..melarikan boat drp terkena ribut di lautan..dari pengalaman aku, memang susah aku nak tido atas boat disebabkan ketiadaan tempat untuk tido..aku tido atas lebihan gulungan tali sauh,walaupun tali tuh mcm basah2 sikit..akhirnya dpt aku lelapkan mata sekejap..
20 hb Jun 2010 - 5.00 a.m, aku tersedar diorang belum sedar lagi...jam 6.00 a.m aku call wife aku..kejutkan dia,biasa dia kejutkan aku pepagi..kali ni aku kejutkan dia...sungguh pantas masa berlalu sekejap jer..cuaca dah terang..aku duduk di depan muncung boat.sambil menikmati udara segar laut dan permandangan permukaan laut di waktu pagi..memang cantik dan medamaikan...syukur kpd Allah s.w.t dapat gak aku rase akan nikmat ciptaan-Nya..memang xder kat k.L tuh.Xpdc memancing diteruskan..joran aku masih tidak menaikkan ikan seperti yg diharapkan..cuma chief aku yg dapat menaikkan ikan bersaiz besar iaitu 1.7kg,ikan aruan tasek.Kemudian boat bergerak ke tukun terakhir konon2 nak memburu kerapu, pon x dpt gak..dalam xpdc tuh, hanya 2 ekor ikan dpat naikkan ( aruan tasik,1.7kg dan ikan ape ntah,230 gram) selebih nyer ikan hasil appolo, ikan kunyit paling byk,baby kerapu 6 ekor...kemudian kami bertolak ke jeti, sewaktu dijeti sempat gak aku beli ketam 2 kilo(1 kg=9.00) ,teringin lak nak mkn ketam..kemudian bahagi - bahagi kan ikan..mandi,tukar pakaian di masjid..makan di pekan dan menuju ke taman sepakat antar Nasa di rumah ibubapanya dan terus pulang ke K.L...lebih kurang pkul 11 lebih..sampai umh..penat jugak lah..tp seronok disebabkan dapat menikmati keindahan alam dan pengalaman baru memancing di tengah - tengah lautan..
* Xpdc memancing kali memang kurang memuaskan,dgn ketiadaan ikan..org lain yg mendengar aku pergi ke laut memancing ikan mcm kebingungan, kohkohhokhohokhokh...next time pergi lagi bg xpdc balas dendam..
singgah di masjid ini utk solat,mandi,tukar pakaian & sebelum
sarapan pagi dan ke jeti nenasi
Nasa, Zali & Apizz(dari kiri) yang bersedia nak tolak
barang2 ke dlm boat
bersiap sedia nak turun kan brg2 & alatan memancing.


boat dah bersedia hendak membelah lautan
boat telah bergerak menuju ke lautan
Nasa sedang 'prepare' kelengkapan memburu ikan besar..
joran aku yg telah sedia di pasang kekili,2 joran utk
bottom & 1 joran utk appolo
theufo posing dengan pakaian lengkap(without glove)
memburuikan jenahak ke,kerapu ke...
kepenatan memancing di tengah lautan,tapi chief(yg pakai
topi)memang kental,memang kental,panas terik
pun,ilek jer..
permandangan di waktu senja, kelihatan pulau berhala (warna itam tuuh)
di dlm picture adalah merupakan lokasi tukun paling
jauh drp daratan
ini ikan kunyit,hasil tangkapan menggunakan appolo,memang
enjoy,sekali naik 5,6 ekor..
minum air mineral pon byk gak,hauss betul,panazz,panazz...
ikan kunyit
sotong yg dipancing oleh tekong/driver boat..

Monday, June 14, 2010

Kasut Futsal Adidas Sala Merah,Milik Ku..Tunjukkan Kehebatan Mung.

Slm,
14 hb Jun 2010 ,Isnin - Aku baru sahaja membeli kasut adidas sala yang baru yg berharga Rm 179.00, tetapi aku telah menggunakan kad kredit dan harga kasut tersebut menjadi Rm 182.50. AWASSS!!!!..elak drp suka meng 'goress' kad kredit anda...kerana dgn kad kredit, boleh menyebabkan anda menjadi muflis...kebanyakkan org yang bermasalah kewangan adalah berpunca drp penggunaan kad kredit yg tidak berhemah...Aku pon takut gak..tp aku sematkan dlm ati aku,jgn guna kad kredit..kalu guna terus byr.Maybe aku terpengaruh dgn opis mate aku...dia pon beli adidas colour hijau putih pon pkai kad kreadit.,hehehe..Berdasarkan kpd perasaan,pengamatan & pengalaman mencuba kasut ni memang terasa akan SALA nyer...kohkhkokohkohkoh.Kasut nie memang selesa seakan anda memakai kasut jogging..angin boleh menembusi kain ( kain jaring2), Tapak kasut pula lembut dan tidak keras mcm kasut futsal yg lain..harga pon boleh tahan gak lah...ku korban kan, demi keselesaan kaki ku.. Jadual game futsal adalah esok harinyer (15 hb Jun 2010) di PJ,seksyen 13, 8.00 pm sehingga 9.00pm selepas magrib..Harap2 dapat ku jaringkan gol bersama kasut baru ku ini...Ramai kwn2 yg lama x main futsal, x pandai main futsal pon join gak..kpd kwn aku tuh helmi,aku lantik ko sbg manager...tahniah (beliau tidak tahu akan perlantikan beliau,kohkohkohkohkohkoh)....akhir kata drp aku :

" MaJu lah sukan untuk negara " pssttt...pssttt..MJ...mlm jumaat,kihkihkihkihkihkih