mutiara kata:

" Kadang-kadang Allah swt sembunyikan matahari...Dia datangkan petir dan kilat...kita tertanya - tanya kemana hilangnya sinar..rupa-rupanya...Allah swt nak hadiahkan kita pelangi "

Tuesday, September 21, 2010

Bersugi atau memberus gigi

slm...
berapa kali korang berus gigi? x gosok gigi?
aku, paling kurang pon 2 kali...tetapi aku berazam nak gosok gigi byk2 kali..kalu mampu..nak ikut idola iaitu baginda Nabi Muhammad S.A.W bukannya baginda yg dipertuan agong..hehheheh..ampun tuanku, hamba berseloroh jer bukan niat mempermainkan tuanku..tp pada hakikatnyer..tuanku pon kono pollow ( i follow ) Baginda Rasullah S.A.W..

aku ader sedikit info utk dikongsi bersama..(sama-samalah kite belajar ) lagi info disini

Bersugi

Ajaran islam memerhatikan seluruh aspek kehidupan, termasuklah faktor kesihatan dan kebersihan. Tidak terkecuali dengan bersugi ( memberus gigi ).

Selain menjadikan mulut bersih & sihat, bersugi atau memberus gigi juga boleh menjadi jalan pintas utk mendapatkan keredaannya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “ bersugi merupakan kebersihan bagi mulut sekaligus keredaan bagi Rabb. “ (Riwayat Ahmad)

Bersugi itu tidak terikat dgn waktu2 tertentu. Ia boleh dilakukan pada bila2 masa shj. Meskipun demikian, ada beberapa adab dan waktu yg diajarkan oleh Rasulullah s.a.w ketika bersugi :

1) Mulakan dari arah tengah.

Kebiasaanya Rasulullah s.a.w mulakan bersugi dari arah tengah lalu ke arah kanan dan menuju ke arah kiri dan diulang sebanyak 3 kali.

2) Hendak wuduk & bersolat

Disebabkan cintanya kpd perbuatan ini, Rasulullah s.a.w hampir memerintahkan umatnya utk bersugi setiap kali berwuduk dan solat. Sabda nabi, “kalau bukan kerana akan memberatkan umatku, tentulah kuperintahkan mereka untuk bersugi setiap kali wuduk.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3) Memasuki rumah.

Di antara waktu yang disunnahkan bersugi adalah ketika hendak memasuki rumah. Diriwayatkan dari Syuraih bin Hani, ia berkata: “Aku bertanya kepada Aisyah, ’apa yang dilakukan pertama kali oleh Rasulullah jika memasuki rumahnya?Aisyah menjawab, “Bersugi.” (Riwayat Muslim)

4) Bangun Tidur.

Nabi Muhammad s.a.w mencontohkan bersugi setiap kali bangun tidur, termasuklah saat bangun tengah malam. (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah ). Dalam riwayat lain, aisyah menyebutkan, “Rasulullah tidak tidur pada malam atau siang, lalu baginda bangun kecuali bersugi terlebih dahulu sebelum wuduk.” (Riwayat Abu Daud )

5) Bersugi meskipun berpuasa.

Dari amir bin Rubaiah, ia berkata, “Aku melihat Rasulullah bersugi ( berulang kali hingga aku tidak mampu untuk menghitungnya lagi, padahal baginda sedang berpuasa.” (Riwayat Ahamad, Abu Daud dan Tirmidzi )

6) Hendak membaca Al-Quran.

Dari Ali ibn Thalib r.a, ia berkata, “Rasulullah memerintahkan kami bersugi: ‘ Sesungguhnya seorang hamba jika berdiri menunaikan solat, malaikat lalu mendatanginya, beriri di belakangnya mendengar bacaan Al –Quran dan menghampirinya. Malaikat terus mendengar dan menghampiri sehingga ia meletakkan mulutnya di atas hamba tersebut, hingga tidalah dia membaca satu ayatpun kecuali malaikat berada di rongganya.” (Riwayat Baihaqi)


Sumber : Suara hidayatullah

Sumber drp: Majalah i / bil. 94 Ogos 2010/ adab muslim / mukasurat 58


"teringat pulak pd kwn aku dulu, hamba Allah tuh dr baling...x gosok gigi..bile nak gi jupe aweks..kumur2 pakai less strine warna biru...hehehehhehe...harap2 dia dah berubah.."

pssstt....jgn gosok gigi sambil buang air kecil /lebihan dlm badan, org kata jd bebal/bodoh..

Monday, September 20, 2010

Team ikan Kunyit - Pengumpulan Dana Memancing

slm,
Dah lama x update blog..dah berhabuk penuh sawang agak nyer kalu blog nih mcm almari...tiada idea n mood nak menulis coretan...
Bulan nie dah start ansuran destinasi memancing ke2( rekod peribadi aku) maybe di Endau,Rompin atau Nenasi sekali lagi...Ansuran destinasi nenasi, team ikan kunyitbil 1/2010 berjumlah RM 20/bulan selama 5 bulan. Kali nie, jumlahnyer ansuran ditingkatkan kepada RM 30 dengan harapan boat yg disewa nanti agak besar dan destinasi menarik serta tangkapan pon harap2 menarik gak...Destinasi Team ikanKunyit bil 1/2011 maybe di Endau, Rompin dengan tekong pak Uda ( beliau hebak masak kari menurut chief ).

Wednesday, September 1, 2010

@ku ade masalah cepat lupa, camner nih?


Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa: (Harian Metro 1 November 2006)

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang.
Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.


Bersenam secara tetap boleh meningkatkan kecerdasan minda

MEMANG sukar mengajak orang bersenam walaupun kebanyakan tahu manfaatnya, tetapi ada penemuan baru yang mungkin boleh menaikkan semangat kita untuk memulakan aktiviti yang memberi kesejahteraan sepanjang hayat.

Biasanya semangat untuk bersenam hanya marak pada awal tahun dan mulai malap selepas beberapa bulan. Namun jangan biarkan ia terus padam kerana kajian mendapati bersenam secara tetap sebenarnya boleh meningkatkan kecerdasan minda.

Kajian yang dijalankan ke atas tikus mendapati bersenam boleh merangsang penghasilan neuron dalam kawasan ingatan pada otak haiwan itu. Tikus yang ‘disuruh’ bersenam di atas roda bergerak belajar teknik baru dengan lebih baik berbanding tikus yang banyak berehat.

Kajian ini menarik kerana ia membandingkan prestasi antara tikus tua (seperti orang berumur 70 tahun) dengan tikus muda (seperti orang berumur 20 tahun) yang bersenam dengan berlari atas pelantar bergerak. Tikus ini kemudian diberikan ujian untuk mencari platform yang diletakkan di tengah kolam air.

Hasil kajian sebulan itu mendapati tikus tua yang bersenam menunjukkan prestasi sebaik tikus muda, manakala tikus tua yang tidak bersenam ‘terlupa’ di mana letaknya platform.

Saintis percaya senaman mampu memberi kesan sama pada golongan tua untuk merangsang daya fikiran mereka dan memperlahankan masalah pelupa yang sering berlaku apabila umur meningkat.

Kajian ini juga memberi harapan kepada pesakit Alzheimer atau nyanyuk bahawa proses penggantian semula sel otak yang mati boleh dirangsang semula dengan menjalankan aktiviti fizikal setiap hari.

Senaman sebenarnya merangsang otak untuk ‘bekerja’ pada kadar optimum apabila ia menyebabkan sel saraf untuk berganda, menguatkan ‘hubungan’ antara sel dan melindunginya daripada mengalami kecederaan.

Kajian terdahulu ke atas haiwan juga mendapati apabila bersenam, sel saraf haiwan terbabit menghasilkan sejenis protein dipanggil faktor neurotrofik (BDNF). Protein ini merangsang beberapa bahan kimia semula jadi lain untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Seorang pakar perubatan memberikan analogi senaman seumpama makan ubat. Jika diambil pada dos tepat dan sesuai, ia mampu mengubati sesuatu penyakit pada kadar seperti diharapkan. Namun jika dosnya terlalu kurang atau banyak, hasilnya mungkin tidak seperti diharapkan atau boleh mendatangkan kesan sampingan.

Tidak kira bagaimana kita menjaga penampilan, proses penuaan tetap berlaku. Tiada siapa boleh menduga apa bakal berlaku apabila kita tua, namun banyak penyakit boleh dielakkan melalui senaman.

Semakin meningkat umur, organ kita turut mengalami penuaan dan fungsi otak boleh menurun jika ia tidak dilindungi. Senaman aerobik sederhana juga didapati boleh melindungi otak daripada mengalami kemerosotan sehingga menjejaskan daya ingatan seperti dialami pesakit dementia atau Alzheimer.

Dalam kajian lain membandingkan senaman aerobik dengan regangan dan membina bentuk badan mendapati, individu yang melakukan senaman aerobik menunjukkan prestasi minda lebih baik. Mereka bukan saja dapat menjalankan tugas dengan baik, malah daya tumpuan juga meningkat.

Selepas enam bulan, tahap kesihatan kardiovaskular kumpulan yang melakukan senaman aerobik juga meningkat. Manakala perubahan pada kumpulan yang melakukan senaman regangan tidak ketara.

Senaman aerobik ialah pergerakan sama dilakukan berulang kali seperti berjalan, berjoging, mengayuh basikal, berenang atau menari. Senaman selama 20 hingga 30 minit sehari, tiga atau empat kali seminggu sudah memadai dan boleh memberikan manfaat besar kepada kita.

Tidak kira berapa pun usia kita sekarang, tiada istilah terlewat untuk menjaga kesihatan dan memulakan senaman. Senaman lebih penting kepada orang tua untuk mengekalkan keanjalan otot dan keseimbangan, menguatkan tulang dan mengelakkan masalah keretakan tulang serta mampu mengatasi masalah sukar tidur.

Selain makanan, senaman adalah pelaburan terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Pelaburan ini juga mudah, memberi banyak manfaat yang tidak memerlukan wang. Modal terpenting ialah kesedaran dan kesungguhan untuk menjadikannya amalan sepanjang hayat kerana hasil pelaburan ini hanya dapat dirasai jika dilakukan secara teratur dan berterusan.

Kesan positif

Kajian sejak lebih 50 tahun lalu juga membuktikan senaman memberi kesan positif terhadap sistem saraf kerana ia mampu:

> Mengurangkan kesakitan.
> Menguatkan ingatan.
> Merawat kemurungan.
> Menurun dan mengawal tekanan darah.
> Meningkatkan daya ketahanan badan.
> Merangsang aliran darah.
> Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot.

Rujukan : Harian Metro 1 Nov 2006

Wednesday, August 18, 2010

Dunia, ari ini semakin kejam..

"Dunia kini, manusia semakin kejam"

Itulah ungkapan yg aku dapat katakan,nyelah..sekarang kite boleh dengar kejadian2 yg membuat kite mengerutkan kening jika sekiranya kita dapat lihat secara "live"...
Ari nih.....
Suami pijak perut isteri yg sedang hamil, suami suka tengok isteri sendiri mengada seks ngan kwn sendiri..dan mcm2..
Bayi yang dibuang merata-rata tempat dari lorong-lorong belakang,pejalan kaki, sungai, tong sampah sehinggalah ditanam dlm tanah..
Ibubapa, ayah tiri dll.. yang dinodai anak sendiri, disaman, dibuang, dipukul..malah yg dibunuh,dipenggal kepala...
Org yg buat baik pon di aniaya dan di pukul sehingga mati...
Budak sekolah pon pandai membunuh kwn sendiri, rogol...
Semakin maju dengan pembangunan, maksiat dan kekejaman pon tumbuh dengar segar dicelah pembangunan yg manusia hasilkan..ini terjadi pabila ketidakan seimbangan di antara ilmu dunia & ilmu agama....
Pokok pangkal...kembali lah kite ke cara idup Agama Islam..Baru dunia akan pulih...

"Ya... Allah swt, Engkau golongkan kami di kalangan org2 yang bertakwa pada MU..."

Monday, August 9, 2010

Ramadhan dtg lagii...

Slm, kepada semua...semoga berbahagia & dimurahkan rezeki...
aku bersyukur dan aku berharap dengan anugerah Allah swt kurnia kan pada diri ku serta insan yg aku sayang semoga sihat walfiat dibulan Ramadhan yg mulia ini. Ya..Allah, berilah kekuatan pada ku utk melakukan amal ibadat dengan tekun di ramadhan. teringat aku pada zaman kecik2..ketika sekolah rendah, aku memang bersemangat berpuasa...x larat pon aku puasa jugak, x tahu nape..aku mesti puasa..Mak aku kejut kan kau bersahur, pergi sekolah...kalu cuaca panas, x tahan panas..aku akan amik tuala kecik basahkan dan letakkan di atas tekuk(leher) bagi mengurangkan terasa hausss....berjalan pulang ke rumah lebih kurang 2 km.....sampai umah terus baring,rebah kan tubuh ku yg kecik ketika tuh..atas tangga simen jiran yg luas depan umah...aduhhh....letih nyer...bila ayah pulang dr tempat keje, ayah akan bawak aku dan adik bersiar - siar..jauh masuk ke dlm kampung..sambil cari air tuak..Bile ayah ajak bersiar - siar jer..terus bersemangat duduk dibelakang ayah manakala adik aku duk depan, sambil lihat permandangan sawah,getah,tembakau,sungai.dan lain - lain....masih ingat lagi, adik ke-3 aku dimarah oleh mak ayah aku dan disuruh duk jauh2 sikit sebab x puasa..adik aku menanggis...bile semua dah mkn, barulah panggil mkn sekali...maybe disebabkan didikan mcm tuh...aku berkeras mesti berpuasa..kalu nak mkn sekali semua org...penah satu ketika aku berpuasa..ketika itu, perhimpunan pelajar sekolah...aku duduk barisan depan, maklumlah aku kan kecik jer..time cikgu berucap..aku rase semacam jer..sejuk..berputar terus gelap..bile aku celik mata aku..aku dlm bilik guru...pada masa tuh, cikgu lelaki tanya aku.." awk puasa tak?", "bersahur tak?"..aku ckp "sy puasa"..cikgu tuh offer aku.."nak buka puasa ke nak terus kan berpuasa"...aku menjawab.."nak puasa"..kalu nak fikir kan memang aku bersemangat berpuasa...tp aku hairan kenapa org2 dewasa skrng ader yg x berpuasa...adik2 kecik leh berpuasa, kita yg dah dewasa x mampu puasa..ader gak dapat kwn2 aku jenis x berpuasa...pelik..kalu keje berat boleh bg reason..nih tak, yg keje kat opis,ber-aircond pulak tuh..boleh pulak duduk ramai2 ngan geng diorang..lpas tuh mkn secara berjemaah...aku berdoa agar kwn aku tuh..berpuasa penuh tahun....

Tuesday, August 3, 2010

Family Day Mywife 2010(2 tahun sekali)

31 hb Julai 2010 & 1 hb Ogos 2010:
Merupakan hari family day mywife, arghhh...tak leh sambung tido lepas solat subuh.aku turun beli breakfast nasi lemak + telur mata (RM2.00) 3 bungkus. Mywife duk sibuk kemaskan pakaian untk dibawa ke Port Dickson, Ns9. Aku dimaklumkan oleh mywife selaku PA..hehehhehe..Baju tema aku (Tema warna Orange) telah kotor bertompok2 warna blueblack disebabkan seluar track suit yang berbelit ngan baju aku dlm mesin basuh...aduhhhh....rugi nyer..dahlah baju berharga rm 49.95 brand nicole beli kat Sogo...aku buat biasa jer..mywife pon ckp dlm nada yg slow "xper, kite beli semula baju tuh nanti bile dah siap kemas pakaian...burn duit kami lagi...Selepas dah siap masukkan pakaian dlm beg, kami bertolak dan berkumpul berhampiran bangunan MARA.Sebaik jer sampai,aku terus kuar & berjalan dengan berkelajuan tinggi menuju ke SOGO. Baju tuh masih ader lagi,harga pon masih sama,kalu tak harga baju tuh rm 100.00 lebih..Sesudah itu,aku pulang semula dan ambik beg yg tertinggal kat umah lalu terus bertolak ke Port Dickson,ns9..Pkul 1.oo pm,kami sampai di Casa Rachado Resort, argghh..penat nyer rase nak rest atas katil sambil buat lentikan kucing (mengeliat) kohkohkohkoh...kalu boleh tido lagi best..

No. bilik kami C202,blok Cuba merupakan tempat kami berehat dan berada di situ selama family day berlangsung..








mywife & alleeya

Selepas rest sambil tengok tv, drama melayu tv2..hehheheh layannnn...mywife aku n anak aku dah kuar awal lagi sebab mywife merupakan AJK hadiah..pkul 5.00pm, aku tukar pakaian then kuar pegi padang sbb aktiviti games..aku terpilih dlm acara monkey bisness lagi (2 tahun lepas pon main gam nih at cherating,pahang) .memang berjalan macam beruk..ahhahahahhah...diorang ckp cara aku jalan memang jadilah, mcm monkey(cucuk angin)..mane tak nyer, 2 tahun lepas pon kene jadi monkey gak..Mywife terpilih game ape ntah nama..dan yg last game suami isteri..iaitu laki bini masuk dlm kain sarung pahtu lari..aku ngan wife aku kira berbadan kecik...leh masuk lah.Tapi kalah gak..diorang main x aci..masuk kepala jer pahtu terus lari...aku & mywife masuk satu badan..pahtu jarak lariam pendek jer..cuba lah buat 200,300 meter ok gak...leh gak tengok laki bini tergolek dlm kain sarung...
antara pic . sempat aku snap:



pasukan biru(pasukan aku & aku xder dlm tuh)

pasukan kuning

Game monkey bisness tuh picture xder lah..mywife x amik pon..caranya 3 biji bola bersaiz sederhana,secukup rasa... 2 biji di kepit bahagian ketiak setiap satu dan 1 lagi dikepit di antara 2 belah peha..dan berjalan, awasss jgn biar bola jatuh..hendaklah mengepit ketiga -tiga bola dan berjalan..memang macam monyet gayanya..tuan,puan boleh cuba di rumah..pahtu snap picture atau rekod video..dah lihat persamaannya.

Pkul 7.oopm, acara game & penyampaian hadiah selesai di dijalankan..pkul 8.00pm..acara dinner pulak..majlis makan2, hampir kesemua peserta memakai pakaian mengikut tema orange., mcm2 ader..baju orange, stokin orange, kain orange,baju kurung orange, tali leher orange, jaket berbulu warna orange pon(mane dia dapat ntah)..aku pakai baju orange dan seluar jeans hitam superblack..501..antara menu mkn mlm tuh, daging kambing bakar,daging lembu bakar, ayam bakar, ikan bakar, buah2(x byk pon ), salad..air sirap jer..ingat kan jus oren ke,..okhohokhoh..kira makanan tuh, biase2 jer...masa mkn mlm tuh, ader slide show pegawai yg berpindah drp unit BKBA, turut umum pegawai yg mendapat anugerah cemerlang...ketika meja mkn aku berhampiran dgn box speaker, agak berhampiran jugaklah...bengit telinga kau..aduhh..suasana semasa dinner tuh, memang xder pergerakan angin,aku & mywife pon dah berpeluh2..elok jer..acara terakhir iaitu acara belah kek hari jadi pegawai yg berpindah tuh..angin mula kuat,lalu hujan rentik2 pon turun..aku pon trus belah..tanpa menyaksikan acara belah kek...keesokan harinya,selepas breakfast..ape lagi..mandi kolam bersama - sama aleeya...

"Bahagia dan bersyukur aku pada Allah swt, apabila lihat anak aku seronok & bergembira bermain air...dan aku dapat berkongsi nikmati kegembiraannya"

Friday, July 30, 2010

Surge Protection Device ( Alat Pelindung Arus Pusuan)

aslm...
30 hb Julai 2010 - aku telah meghadiri taklimat kursus mengenai Surge Protection Device (SPD) bertempat di opis JKR dan aku adalah salah seorang staf yg handle bhgn latihan & kursus di unit aku.Presenter taklimat tersebut adalah seorang pegawai ( wanita berpangkat Ir.) yang berpengalaman dan mahir dengan spesifikasi JKR(LS-1). Jam 10.00a.m, presenter sampai dan sepatutnya mula pkul 9.30a.m. Alaaa...biasa lah janji melayu...anak murid tunggu cikgu dtg xper, jgn, cikgu tunggu anak murid dah ler,itu kuang ajo namanyer...Kesemua pegawai unit aku hadir iaitu seramai 17 org termasuk my big boss( lady boss).
Surge Protection Device (SPD)

Ape itu SPD?
- SPD merupakan peralatan elektrik bagi sistem pemasangan elektrik shj dan tidak dipasang pada sistem pemasangan telephone.
- SPD adalah merupakan satu peralatan yang dipasang bagi melindungi peralatan elektronik daripada mengalami kerosakan/terbakar daripada akibat surge lightning (arus pusuan).

Apa itu arus pusuan ( surge lightning)?
mengikut pemahaman saya..

Adalah satu kejadian ciptaan Allah swt..iaitu:
1) Sebelum lightning berlaku, negara kita merupakan negara yang mempunyai awan yang tebal dan apabila berlaku pergeseran di antara awan lalu meghasilkan cas - cas.Pergeseran cas akan menyebabkan berlaku lightning (kilat).

2) Setelah lightning berlaku, maka terhasil satu arus yang tinggi dlm jangkamasa yang amat pantas, mikro saat..dengan frekuensi yang berlainan iaitu multi frekuensi dan akan melalui kabel bwh tanah dan terus ke MSB, SBB, DB (harap dah tahu singkatan tersebut) dan "PPPAANNNGGG"!!!!! terkene peralatan elektronik,lalu rosak dan terbakar...dan itulah sebab dicipta SPD nih.

Kenapa kite pasang SPD?
- Melindungi drp. arus lebihan dlm jangka masa yang sgt singkat.
- Untuk melidungi peralatan elektronik daripada rosak.
Perkara yang menyebabkan surge/over voltage ialah Lightning & Swicthing.

Fungsi SPD?
- Mengalihkan surge tersebut ke bumi (earth) dengan seberapa pantas yang boleh.
- Sekarang, peralatan elektronik yg sensitif yang dilindungi SPD seperti komputer, modem, kamera sebagainya dilindungi.

Kesan kepada peralatan elektronik ,jika tidak pasang SPD atau silap design SPD
- Akan menurunkan kualiti peralatan elektronik
-Terbakar

brand yang biasa pakai ialah marsa (sila kllik utk maklumat lanjut)..pilih barangan buatan malaysia...mengikut kata - kata pengilang dan org berpengalaman menyatakan...SPD buatan malaysia adalah bagus kerana..kite test product tersebut dlm iklim malaysia yang kadar ligthning tahunan lebih kerap berbanding produk luar negara yg kadar lightning tahunan yg rendah.
" so pilih buatan malaysia.."

" semua terjemaah di atas adalah berdasarkan pemahaman saya semata - mata, jika terdapat salah dan silap sila betul pemahaman saya......belajar sampai liang lahat."

Monday, July 19, 2010

Pesta Flora 2010 - Putrajaya

Slm, 10 hb Julai 2010- aku & family aku telah menghabiskan masa di waktu petang di Pesta Floria Putrajaya serta cuaca mendung menyelubungi pd ptg tuh...pengunjung yg melawat pesta floria tidak putus-putus...org ramai terus membanjiri. Ketika aku duk dtengah2 org ramai,pasti banyak gelagat org dapat dilihat..ader yg pakai cermin mata gelap(walaupun cuaca mendung) dan berbagai2 posing ditepi pokok bunga..ader yg tak puas hati disebabkan banyak gangguan ketika nak capture picture. Ader yg bawak kamera yg dasyat2,cantum sampai pjg...kamera lumix aku digantung dileher...berat & rimas gak duk tergantung dileher...suasana mlm pon diorang buat dlm dewan ngan siap bunyi unggas, cenggerik, burung dan mcm2 lagi...memang cantik bunga - bunga yg ditanam dan dibuat decoration bagi sesebuah pasu bunga...antara bunga yg menarik perhatian aku adalah bunga orkid,hajat wife aku nak beli pokok bunga..setelah di advice oleh aku,wife aku x jadi beli...sbb x sesuai utk rumah skrng(rumah sewa bukan rumah sendiri,kalu umah sendri xperlah)..bermacam2 adaa...(versi pakcik iklan astro) dr segi saiz colour & bentuk..berikut adalah beberapa picture yg telah di 'snap' for kenangan..pda waktu itu...

Laluan masuk ke Floria Keindahan Tropika.

Sini lah tempat ramai pengunjung duk posing


Aleya, Mywife,Mak ngah & Ayah Li

Ntah, apa nama bunga nih.

Wahh...cantik kan..

Wahh, indahnyer..


Wahh...segar minda rasenyer..

Antara yg menarik perhatian aku,Hasil kreatif anak
sape lah nih..

Monyet x mkn pisang.

Hasil kreatif ,biawak jadinyer drp daun2,bunga2..

Hasil kreatif yg memenangi Gold Festival & Taman
Putrajaya (bukan org nyer)

Antara yang bersaing merebut gelaran gold di floria


p/s: bersyukur pd Allah SWT, dapat aku menikmati keindahan ciptaan-Nya yang bermcm2 bentuk,warna,bau dan setiapnya tidak serupa..

Wednesday, July 14, 2010

laptop mywife dah pening - pening & pengsan

aslm...
12 hb Julai 2010 - laptop(notebook) mywife dah pening2 & terus pengsan sampai ke ari nie...x sedar - sedar lagi...ini menyebabkan mywife semakin gusar dan pening sbb hendak menyiapkan tesis projek. Aleya (anakku) telah menekan butang on & off berulang2 kali sehingga notebook pon terus menjadi blue skrin...dan disyaki window corrup...sekarang aku x boleh melayari internet dan x dapat meng 'update' blog dirumah..nasib baik blog aku boleh bukak di opis.....semalam(13/07/2010), notebook di hantar ke rumah adik ipar aku untuk mengenal pasti penyakit yg dihadapi oleh notebook(dell).Menurut adik ipar aku, maybe disebabkan harddisk rosak dan perlu ditukar.Mywife risau akan kandungan file projek,gambar anakku & family maybe akan hilang sekiranya notebook di format kan. Mywife siap menangis lagi sebab notebook rosak, nak marah Aleya, kecik lagi...selepas rosak notebook tuh, aleya siap sengih2 n lompat2...aku rilek jer, sbb semua tesis projek dah save dlm external hard disk.Usia notebook tuh sudah menjangkaui 6 tahun dan memang tahan lasak maybe notebook tuh dah tua kot.mywife terpaksa pinjam notebook adik ipar (acer) untuk menyiapkan tesis projek.

Friday, July 2, 2010

Syukur,nasib penghuni RTK dibela.

SYUKUR...penghuni RTK membaca Yasin selepas solat hajat sebagai tanda kesyukuran
slm..
Syukur kpd Allah swt..penghuni Rumah Titian Kasih (RTK) di Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, mereka akhirnya kembali mendiami rumah berkenaan jam 6 petang semalam ( menurut harian metro ari nie).Aku pon turut gembira,apabila dengar perkhabaran ini...syukur..syukur..kepada mereka (yang telah terlibat dalam menyelesaikan masalah penghuni RTK,aku doakan semoga mereka sihat dan dirahmati Allah swt.
Mengimbas kejadian lpas,sewaktu melihat & mendengar keluhan penghuni RTK tuh di berita TV3...hampir2 aku bergenang air mata(dah bergenang air mata pon) di mata mendengar kisah tuh, sayu nye ati kau(aku memang jenis ati yg mudah disentuh),aku kesat air mata senyap2...x nak kantoi ngan bini & anak saudara aku.....

Semoga kehidupan penghuni RTK terus dibela dan memperoleh kesejahteraan...
p/s : buat baik dibalas baik..

Wednesday, June 30, 2010

Eh,eh,eh tetiba facebook boleh online kat opis

slm..& berbahagia..
Sudah 2 ari(29&30 hb Jun 2010), FB boleh bukak kat opis.kalu dulu memang x boleh..x tahu apsal..ke geng diorang nak buat servey brapo ramai staff bukak FB kot?ke diorang cuba buat perangkap kpd staff?tp aku dah bukak FB pon, siap chat ngan kawan lama aku yg berada di UIA,Kuatan & sepupu yg berada di Perlis.Memang keje aku kat opis terganggu sikit, rase mcm best pulak chat ngan teman diluar sana...keje aku nih ade yg belum aku selesai kan.Aku longgok kan atas meja..x baik kan..argghhh..sekarang aku tengah leka lagi...sambil tengok geng blogger serta menghirup kopi panas...kerja yg URGENT pon xder....selesa rasanyer sambil didendangkan dgn lagu yg best didengari..

"Jgn leka dibuai FB tuh,sesungguh FB dicipta bagi melalai kan manusia, itu kiter harus sedar"

Tuesday, June 22, 2010

Menikmati keindahan Lautan sambil appolo ikan kunyit di Nenasi,Pahang

slm,
18 hb Jun 2010- Ptg tuh, aku pulang awal dr. opis disebabkan nak packing sikit barang/alat memancing.Sejurus shj sampai di umah terus capai semua peralatan pancing, beg, kasut dan susun depan pintu umah.Nasi kukus ayam goreng di jadikan mkn mlm..jam menunjuk pkul 8.20pm, aku bergerak umah menuju ke opis.Sebaik shj sampai, diaorang(Nasa,apizz & zali) dah ready kat parking P1, Maju junction..Jam 9.0o lebih bertolak ke kuantan.Dlm perjalanan..semasa singgah di stesen minyak petronas bentong, kami nampak kejadian hendak bertumbuk dan maki hamun di antara brother melayu ( bawak lori ) dan 2 org chinese muda (bawak myvi biru).Pada masa tuh, semua mata terarah kepada kejadian itu. Jam 12.30 a.m/19 hb Jun 2010, kami selamat tiba di umah ibubapa Nasa (Taman Sepakat) dan solat lalu terus tido...
* info: .Depan umah ibubapa nasa ader pokok mangga & 2 biji kete suzuki swift kuning & biru.. minat kete swift kot.
19 hb Jun 2010 - Tersedar daripada tido,basuh muka dan terserempak ngn ayah nasa, Salam dulu.."pakcik" kata aku. Akupon bersiap2, hampir jam 5.00a.m, kami bertolak dari Taman Sepakat menuju ke Nenasi.Setelah sampai di Nenasi,kami singgah di masjid (dah lupa nama masjid tuh) kami mandi2, gosok gigi dan bersolat..sesudah itu, bertolak menuju ke Jeti Nenasi dan breakfast roti telor & tea O panas.. Jam 11.00 a.m, baru naik boat.Tensen nyer menunggu boat dan shofi.Info yg aku perolehi,mengata boat sepatut kitaorang naik telah rosak dan di ganti ngan boat lain yg bersaiz kecik drp boat yg asal ( x syok lah, tidak seperti yg dirancang).Setelah shofi dtg, barulah boat bertolak menuju ke tukun bg tujuan mencari umpan idup dgn menggunakan kaedah 'Appolo'. Terasa best appolo, nyelah maner x best sekali naik 5,6 ekor sekali ikan kunyit.bersaiz 3,4 jari saiz tangan aku.kami bergerak dr tukun ke tukun lain mencari ikan.Penat jugak,tp paling aku x suka ialah bile bab nak buang air.Diorang(apizz& zali) dgn selamba berdiri keluarkan 'pistol' lalu pancut air kat depan boat terus ke laut..aku pon terpaksa ikut cara diorang sbb dah x boleh tahan,bang..Sepnjng tempoh siang hari memancing memang cuaca dlm keadaan baik, tp ikan besar tak naik2 lagi.., hampir mlm..boat bergerak ke tukun paling jauh iaitu berhampiran pulau berhala.Boat yg dinaiki oleh kami adalah kategori A iaitu tidak boleh melebihi 20km dr persisiran pantai (kalu x silap akulah).Mlm tuh, aku labuh kan joran baru,keadaan laut semakin bergelora berserta angin kuat yang mengoyangkan boat kami..perasaan takut tuh memang ader,takut lah kot kot terbalik,dah lah x pakai jaket keselamatan.Bile angin semakin kuat,laut semakin bergelora..tekong start enjin boat dan bergerak dr situ..time tuh, joran aku langsung ikan x sentuh...x tahu naper (xder rezeki) tersangkut ader lah..aku ingat ikan besar rupa2 dpt batu karang..kuat betul tali joran aku, red spider,warna merah,50 lbs...sampai patah batu karang tuh..mlm tuh boat asyik bergerak shj..melarikan boat drp terkena ribut di lautan..dari pengalaman aku, memang susah aku nak tido atas boat disebabkan ketiadaan tempat untuk tido..aku tido atas lebihan gulungan tali sauh,walaupun tali tuh mcm basah2 sikit..akhirnya dpt aku lelapkan mata sekejap..
20 hb Jun 2010 - 5.00 a.m, aku tersedar diorang belum sedar lagi...jam 6.00 a.m aku call wife aku..kejutkan dia,biasa dia kejutkan aku pepagi..kali ni aku kejutkan dia...sungguh pantas masa berlalu sekejap jer..cuaca dah terang..aku duduk di depan muncung boat.sambil menikmati udara segar laut dan permandangan permukaan laut di waktu pagi..memang cantik dan medamaikan...syukur kpd Allah s.w.t dapat gak aku rase akan nikmat ciptaan-Nya..memang xder kat k.L tuh.Xpdc memancing diteruskan..joran aku masih tidak menaikkan ikan seperti yg diharapkan..cuma chief aku yg dapat menaikkan ikan bersaiz besar iaitu 1.7kg,ikan aruan tasek.Kemudian boat bergerak ke tukun terakhir konon2 nak memburu kerapu, pon x dpt gak..dalam xpdc tuh, hanya 2 ekor ikan dpat naikkan ( aruan tasik,1.7kg dan ikan ape ntah,230 gram) selebih nyer ikan hasil appolo, ikan kunyit paling byk,baby kerapu 6 ekor...kemudian kami bertolak ke jeti, sewaktu dijeti sempat gak aku beli ketam 2 kilo(1 kg=9.00) ,teringin lak nak mkn ketam..kemudian bahagi - bahagi kan ikan..mandi,tukar pakaian di masjid..makan di pekan dan menuju ke taman sepakat antar Nasa di rumah ibubapanya dan terus pulang ke K.L...lebih kurang pkul 11 lebih..sampai umh..penat jugak lah..tp seronok disebabkan dapat menikmati keindahan alam dan pengalaman baru memancing di tengah - tengah lautan..
* Xpdc memancing kali memang kurang memuaskan,dgn ketiadaan ikan..org lain yg mendengar aku pergi ke laut memancing ikan mcm kebingungan, kohkohhokhohokhokh...next time pergi lagi bg xpdc balas dendam..
singgah di masjid ini utk solat,mandi,tukar pakaian & sebelum
sarapan pagi dan ke jeti nenasi
Nasa, Zali & Apizz(dari kiri) yang bersedia nak tolak
barang2 ke dlm boat
bersiap sedia nak turun kan brg2 & alatan memancing.


boat dah bersedia hendak membelah lautan
boat telah bergerak menuju ke lautan
Nasa sedang 'prepare' kelengkapan memburu ikan besar..
joran aku yg telah sedia di pasang kekili,2 joran utk
bottom & 1 joran utk appolo
theufo posing dengan pakaian lengkap(without glove)
memburuikan jenahak ke,kerapu ke...
kepenatan memancing di tengah lautan,tapi chief(yg pakai
topi)memang kental,memang kental,panas terik
pun,ilek jer..
permandangan di waktu senja, kelihatan pulau berhala (warna itam tuuh)
di dlm picture adalah merupakan lokasi tukun paling
jauh drp daratan
ini ikan kunyit,hasil tangkapan menggunakan appolo,memang
enjoy,sekali naik 5,6 ekor..
minum air mineral pon byk gak,hauss betul,panazz,panazz...
ikan kunyit
sotong yg dipancing oleh tekong/driver boat..

Monday, June 14, 2010

Kasut Futsal Adidas Sala Merah,Milik Ku..Tunjukkan Kehebatan Mung.

Slm,
14 hb Jun 2010 ,Isnin - Aku baru sahaja membeli kasut adidas sala yang baru yg berharga Rm 179.00, tetapi aku telah menggunakan kad kredit dan harga kasut tersebut menjadi Rm 182.50. AWASSS!!!!..elak drp suka meng 'goress' kad kredit anda...kerana dgn kad kredit, boleh menyebabkan anda menjadi muflis...kebanyakkan org yang bermasalah kewangan adalah berpunca drp penggunaan kad kredit yg tidak berhemah...Aku pon takut gak..tp aku sematkan dlm ati aku,jgn guna kad kredit..kalu guna terus byr.Maybe aku terpengaruh dgn opis mate aku...dia pon beli adidas colour hijau putih pon pkai kad kreadit.,hehehe..Berdasarkan kpd perasaan,pengamatan & pengalaman mencuba kasut ni memang terasa akan SALA nyer...kohkhkokohkohkoh.Kasut nie memang selesa seakan anda memakai kasut jogging..angin boleh menembusi kain ( kain jaring2), Tapak kasut pula lembut dan tidak keras mcm kasut futsal yg lain..harga pon boleh tahan gak lah...ku korban kan, demi keselesaan kaki ku.. Jadual game futsal adalah esok harinyer (15 hb Jun 2010) di PJ,seksyen 13, 8.00 pm sehingga 9.00pm selepas magrib..Harap2 dapat ku jaringkan gol bersama kasut baru ku ini...Ramai kwn2 yg lama x main futsal, x pandai main futsal pon join gak..kpd kwn aku tuh helmi,aku lantik ko sbg manager...tahniah (beliau tidak tahu akan perlantikan beliau,kohkohkohkohkohkoh)....akhir kata drp aku :

" MaJu lah sukan untuk negara " pssttt...pssttt..MJ...mlm jumaat,kihkihkihkihkihkih

Friday, June 11, 2010

Menjelang World Cup 2010, Demam Bola?

slm...Mlm nie, menjelang world cup 2010, demam bola sepak sudah dirasai akan kepanasan demam bola sepak....kalu pergi mane2 tema bola mesti ader. Malah dalam TV pon citer bola..citer nenek hebak sepak bola pon ader kat astro...kohkohkohkohkoh..memang hebak promosi...tp jgn lupa, saudara kiter yang dizalimi di bumi palestin., hancurlah isreal!!!..Org ramai pon dah nak start beli jersi bola sepak negara pilihan masing2.Dah tak kira Ori ke cap ayam, mesti nak beli gak...padang2 futsal akan di banjiri dgn player2 yang berangan nak buat skill kat padang mcm dlm tv..kalu dulu pengujung bola sepak futsal/padang yg 1 kali ganda akan meningkat 2 kali ganda dgn mendadak....maka jadual tido harian akan berubah...biasa tido awal akan tido lewat mlm,terlepas subuh,lewat solat suboh,mengantuk di opis, mak/isteri akan meng 'upgrade' kan leterennyer...bill elektrik pon meningkat.Sampai sahaja di opis, soalan2 biasa ditanya di waktu pagi ketika sarapan...." semalam negara _____ tuh kalah ke menang?"menang "berape goal?"
aku pon meminati bola, negara pilihan aku ader byk, Spainyol, Belanda, Brazil & Argentina

Hirup teh panas di piring -Pengalaman sEwaktu Kecik2

slm, suatu ketika tengah syok bersembang ,berborak ngan kwn aku, tetiba kwn akubagi soalan ini "ko penah minum air dalam piring time kecik2 dulu tak?" katanyer...terus aku terbayang di waktu kecik2 dlm umur 4,5,6 tahun atau time sekolah tadika kot...(aku x pasti).Yang aku ingat adalah time ayah aku bawak aku ke kedai mamak untuk beli sarapan pagi.Sambil menunggu roti siap( tengah di tebar oleh mamak kot). Ayah aku akan order teh tarik 2 cawan.Satu cawan lagi, ayah aku menuangkan dalam piring untuk aku minum, supaya air teh tarik tuh cepat sejuk..betullah, ape yg di ajar oleh guru2 dlm subjek sains..semakin besar atau lebar permukaan sesuatu air panas maka lebih cepat haba akan terbebas..maknanya air panas di dalam pinggan lagi cepat sejuk berbanding di dalam gelas.. balik kepada cerita aku minum dlm piring..mase tuh kalu x silap mamak pasang gusti ...ramai pakcik2 mase tuh...dan ader satu tempat yang masih ingat adalah di kedai mkn/kantin di kem transit tentera darat di Jalan Ampang...dulu ayah aku seorang tentera darat..

p/s: teringat peristiwa tuh,aku rasa bahagia nyer pada masa itu...aku sayang ayah & ma

Wednesday, June 9, 2010

Majlis Pernikahan Adik Ipar.

slm, 27 hb Mei 2010,Khamis- Adalah hari kebesaran pengantin(adik ipar aku) kerana hari itulah hari bersejarah bertukar status drp bujang kepada suami..ketika itu, aku berada di umah ayah mertua ku di to' uban, pasir mas,kelantan...aku lihat di langit,malam itu suasana nyaman dgn disinari bulan yang cerah,bintang2 bertaburan...wah, cantik sungguh ciptaan Allah swt.Majlis akad nikah dijangka slps solat isyak...Pada mlm itu, kacak bergaya adik ipar aku dgn mengenakan baju melayu putih dan soket..selepas masuk waktu isyak,keadaan kelam kabut sedikit...pengantin(my adik ipar).mereka sudah bertolak ke Masjid utk majlis penikahan itu..aku masih belum bertolak lagi, slps bersiap...dgn pantas aku bertolak ke masjid,nasib aku baik kerana majlis akad belum bermula..dengan segera aku memasuki masjid dan menghalakan muncung kamera ke arah pengantin.....semasa aku hendak memasuki masjid, sempat aku menjeling ke arah pengantin pompuan dan beberapa awek2 di sekitar pengantin pompuan,hati kecil ku berbisik.."wah awek skrng,lawa-lawa gak..."sebelum akad nikah

Alhamdulillah,akad nikah telah pon selesai..

slps selesai akad nikah dan bergambar, kami dijemput utk mkn mlm di rumah pengantin pompuan..mlm tuh aku balik umah. mkn byk,siap tambah lagi..hehhehehe...selesai mkn mlm..aku ngan my wife bertolak.
sesi mencium dahi selepas majlis akad nikah

pada kesesokkan,28hb Mei 2010,Jumaat- Majlis perkahwinan adik ipar aku di waktu petang selepas solat jumaat, pkul 3.30pm..rombongan adik ipar aku akan ke rumah pengantin pompuan...selepas melihat pelamin pengantin,ape lagi pi pekena nasi kenduri lah...