mutiara kata:

" Kadang-kadang Allah swt sembunyikan matahari...Dia datangkan petir dan kilat...kita tertanya - tanya kemana hilangnya sinar..rupa-rupanya...Allah swt nak hadiahkan kita pelangi "

Tuesday, September 21, 2010

Bersugi atau memberus gigi

slm...
berapa kali korang berus gigi? x gosok gigi?
aku, paling kurang pon 2 kali...tetapi aku berazam nak gosok gigi byk2 kali..kalu mampu..nak ikut idola iaitu baginda Nabi Muhammad S.A.W bukannya baginda yg dipertuan agong..hehheheh..ampun tuanku, hamba berseloroh jer bukan niat mempermainkan tuanku..tp pada hakikatnyer..tuanku pon kono pollow ( i follow ) Baginda Rasullah S.A.W..

aku ader sedikit info utk dikongsi bersama..(sama-samalah kite belajar ) lagi info disini

Bersugi

Ajaran islam memerhatikan seluruh aspek kehidupan, termasuklah faktor kesihatan dan kebersihan. Tidak terkecuali dengan bersugi ( memberus gigi ).

Selain menjadikan mulut bersih & sihat, bersugi atau memberus gigi juga boleh menjadi jalan pintas utk mendapatkan keredaannya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “ bersugi merupakan kebersihan bagi mulut sekaligus keredaan bagi Rabb. “ (Riwayat Ahmad)

Bersugi itu tidak terikat dgn waktu2 tertentu. Ia boleh dilakukan pada bila2 masa shj. Meskipun demikian, ada beberapa adab dan waktu yg diajarkan oleh Rasulullah s.a.w ketika bersugi :

1) Mulakan dari arah tengah.

Kebiasaanya Rasulullah s.a.w mulakan bersugi dari arah tengah lalu ke arah kanan dan menuju ke arah kiri dan diulang sebanyak 3 kali.

2) Hendak wuduk & bersolat

Disebabkan cintanya kpd perbuatan ini, Rasulullah s.a.w hampir memerintahkan umatnya utk bersugi setiap kali berwuduk dan solat. Sabda nabi, “kalau bukan kerana akan memberatkan umatku, tentulah kuperintahkan mereka untuk bersugi setiap kali wuduk.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3) Memasuki rumah.

Di antara waktu yang disunnahkan bersugi adalah ketika hendak memasuki rumah. Diriwayatkan dari Syuraih bin Hani, ia berkata: “Aku bertanya kepada Aisyah, ’apa yang dilakukan pertama kali oleh Rasulullah jika memasuki rumahnya?Aisyah menjawab, “Bersugi.” (Riwayat Muslim)

4) Bangun Tidur.

Nabi Muhammad s.a.w mencontohkan bersugi setiap kali bangun tidur, termasuklah saat bangun tengah malam. (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah ). Dalam riwayat lain, aisyah menyebutkan, “Rasulullah tidak tidur pada malam atau siang, lalu baginda bangun kecuali bersugi terlebih dahulu sebelum wuduk.” (Riwayat Abu Daud )

5) Bersugi meskipun berpuasa.

Dari amir bin Rubaiah, ia berkata, “Aku melihat Rasulullah bersugi ( berulang kali hingga aku tidak mampu untuk menghitungnya lagi, padahal baginda sedang berpuasa.” (Riwayat Ahamad, Abu Daud dan Tirmidzi )

6) Hendak membaca Al-Quran.

Dari Ali ibn Thalib r.a, ia berkata, “Rasulullah memerintahkan kami bersugi: ‘ Sesungguhnya seorang hamba jika berdiri menunaikan solat, malaikat lalu mendatanginya, beriri di belakangnya mendengar bacaan Al –Quran dan menghampirinya. Malaikat terus mendengar dan menghampiri sehingga ia meletakkan mulutnya di atas hamba tersebut, hingga tidalah dia membaca satu ayatpun kecuali malaikat berada di rongganya.” (Riwayat Baihaqi)


Sumber : Suara hidayatullah

Sumber drp: Majalah i / bil. 94 Ogos 2010/ adab muslim / mukasurat 58


"teringat pulak pd kwn aku dulu, hamba Allah tuh dr baling...x gosok gigi..bile nak gi jupe aweks..kumur2 pakai less strine warna biru...hehehehhehe...harap2 dia dah berubah.."

pssstt....jgn gosok gigi sambil buang air kecil /lebihan dlm badan, org kata jd bebal/bodoh..

Monday, September 20, 2010

Team ikan Kunyit - Pengumpulan Dana Memancing

slm,
Dah lama x update blog..dah berhabuk penuh sawang agak nyer kalu blog nih mcm almari...tiada idea n mood nak menulis coretan...
Bulan nie dah start ansuran destinasi memancing ke2( rekod peribadi aku) maybe di Endau,Rompin atau Nenasi sekali lagi...Ansuran destinasi nenasi, team ikan kunyitbil 1/2010 berjumlah RM 20/bulan selama 5 bulan. Kali nie, jumlahnyer ansuran ditingkatkan kepada RM 30 dengan harapan boat yg disewa nanti agak besar dan destinasi menarik serta tangkapan pon harap2 menarik gak...Destinasi Team ikanKunyit bil 1/2011 maybe di Endau, Rompin dengan tekong pak Uda ( beliau hebak masak kari menurut chief ).

Wednesday, September 1, 2010

@ku ade masalah cepat lupa, camner nih?


Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa: (Harian Metro 1 November 2006)

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang.
Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.


Bersenam secara tetap boleh meningkatkan kecerdasan minda

MEMANG sukar mengajak orang bersenam walaupun kebanyakan tahu manfaatnya, tetapi ada penemuan baru yang mungkin boleh menaikkan semangat kita untuk memulakan aktiviti yang memberi kesejahteraan sepanjang hayat.

Biasanya semangat untuk bersenam hanya marak pada awal tahun dan mulai malap selepas beberapa bulan. Namun jangan biarkan ia terus padam kerana kajian mendapati bersenam secara tetap sebenarnya boleh meningkatkan kecerdasan minda.

Kajian yang dijalankan ke atas tikus mendapati bersenam boleh merangsang penghasilan neuron dalam kawasan ingatan pada otak haiwan itu. Tikus yang ‘disuruh’ bersenam di atas roda bergerak belajar teknik baru dengan lebih baik berbanding tikus yang banyak berehat.

Kajian ini menarik kerana ia membandingkan prestasi antara tikus tua (seperti orang berumur 70 tahun) dengan tikus muda (seperti orang berumur 20 tahun) yang bersenam dengan berlari atas pelantar bergerak. Tikus ini kemudian diberikan ujian untuk mencari platform yang diletakkan di tengah kolam air.

Hasil kajian sebulan itu mendapati tikus tua yang bersenam menunjukkan prestasi sebaik tikus muda, manakala tikus tua yang tidak bersenam ‘terlupa’ di mana letaknya platform.

Saintis percaya senaman mampu memberi kesan sama pada golongan tua untuk merangsang daya fikiran mereka dan memperlahankan masalah pelupa yang sering berlaku apabila umur meningkat.

Kajian ini juga memberi harapan kepada pesakit Alzheimer atau nyanyuk bahawa proses penggantian semula sel otak yang mati boleh dirangsang semula dengan menjalankan aktiviti fizikal setiap hari.

Senaman sebenarnya merangsang otak untuk ‘bekerja’ pada kadar optimum apabila ia menyebabkan sel saraf untuk berganda, menguatkan ‘hubungan’ antara sel dan melindunginya daripada mengalami kecederaan.

Kajian terdahulu ke atas haiwan juga mendapati apabila bersenam, sel saraf haiwan terbabit menghasilkan sejenis protein dipanggil faktor neurotrofik (BDNF). Protein ini merangsang beberapa bahan kimia semula jadi lain untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Seorang pakar perubatan memberikan analogi senaman seumpama makan ubat. Jika diambil pada dos tepat dan sesuai, ia mampu mengubati sesuatu penyakit pada kadar seperti diharapkan. Namun jika dosnya terlalu kurang atau banyak, hasilnya mungkin tidak seperti diharapkan atau boleh mendatangkan kesan sampingan.

Tidak kira bagaimana kita menjaga penampilan, proses penuaan tetap berlaku. Tiada siapa boleh menduga apa bakal berlaku apabila kita tua, namun banyak penyakit boleh dielakkan melalui senaman.

Semakin meningkat umur, organ kita turut mengalami penuaan dan fungsi otak boleh menurun jika ia tidak dilindungi. Senaman aerobik sederhana juga didapati boleh melindungi otak daripada mengalami kemerosotan sehingga menjejaskan daya ingatan seperti dialami pesakit dementia atau Alzheimer.

Dalam kajian lain membandingkan senaman aerobik dengan regangan dan membina bentuk badan mendapati, individu yang melakukan senaman aerobik menunjukkan prestasi minda lebih baik. Mereka bukan saja dapat menjalankan tugas dengan baik, malah daya tumpuan juga meningkat.

Selepas enam bulan, tahap kesihatan kardiovaskular kumpulan yang melakukan senaman aerobik juga meningkat. Manakala perubahan pada kumpulan yang melakukan senaman regangan tidak ketara.

Senaman aerobik ialah pergerakan sama dilakukan berulang kali seperti berjalan, berjoging, mengayuh basikal, berenang atau menari. Senaman selama 20 hingga 30 minit sehari, tiga atau empat kali seminggu sudah memadai dan boleh memberikan manfaat besar kepada kita.

Tidak kira berapa pun usia kita sekarang, tiada istilah terlewat untuk menjaga kesihatan dan memulakan senaman. Senaman lebih penting kepada orang tua untuk mengekalkan keanjalan otot dan keseimbangan, menguatkan tulang dan mengelakkan masalah keretakan tulang serta mampu mengatasi masalah sukar tidur.

Selain makanan, senaman adalah pelaburan terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Pelaburan ini juga mudah, memberi banyak manfaat yang tidak memerlukan wang. Modal terpenting ialah kesedaran dan kesungguhan untuk menjadikannya amalan sepanjang hayat kerana hasil pelaburan ini hanya dapat dirasai jika dilakukan secara teratur dan berterusan.

Kesan positif

Kajian sejak lebih 50 tahun lalu juga membuktikan senaman memberi kesan positif terhadap sistem saraf kerana ia mampu:

> Mengurangkan kesakitan.
> Menguatkan ingatan.
> Merawat kemurungan.
> Menurun dan mengawal tekanan darah.
> Meningkatkan daya ketahanan badan.
> Merangsang aliran darah.
> Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot.

Rujukan : Harian Metro 1 Nov 2006