mutiara kata:

" Kadang-kadang Allah swt sembunyikan matahari...Dia datangkan petir dan kilat...kita tertanya - tanya kemana hilangnya sinar..rupa-rupanya...Allah swt nak hadiahkan kita pelangi "

Friday, July 30, 2010

Surge Protection Device ( Alat Pelindung Arus Pusuan)

aslm...
30 hb Julai 2010 - aku telah meghadiri taklimat kursus mengenai Surge Protection Device (SPD) bertempat di opis JKR dan aku adalah salah seorang staf yg handle bhgn latihan & kursus di unit aku.Presenter taklimat tersebut adalah seorang pegawai ( wanita berpangkat Ir.) yang berpengalaman dan mahir dengan spesifikasi JKR(LS-1). Jam 10.00a.m, presenter sampai dan sepatutnya mula pkul 9.30a.m. Alaaa...biasa lah janji melayu...anak murid tunggu cikgu dtg xper, jgn, cikgu tunggu anak murid dah ler,itu kuang ajo namanyer...Kesemua pegawai unit aku hadir iaitu seramai 17 org termasuk my big boss( lady boss).
Surge Protection Device (SPD)

Ape itu SPD?
- SPD merupakan peralatan elektrik bagi sistem pemasangan elektrik shj dan tidak dipasang pada sistem pemasangan telephone.
- SPD adalah merupakan satu peralatan yang dipasang bagi melindungi peralatan elektronik daripada mengalami kerosakan/terbakar daripada akibat surge lightning (arus pusuan).

Apa itu arus pusuan ( surge lightning)?
mengikut pemahaman saya..

Adalah satu kejadian ciptaan Allah swt..iaitu:
1) Sebelum lightning berlaku, negara kita merupakan negara yang mempunyai awan yang tebal dan apabila berlaku pergeseran di antara awan lalu meghasilkan cas - cas.Pergeseran cas akan menyebabkan berlaku lightning (kilat).

2) Setelah lightning berlaku, maka terhasil satu arus yang tinggi dlm jangkamasa yang amat pantas, mikro saat..dengan frekuensi yang berlainan iaitu multi frekuensi dan akan melalui kabel bwh tanah dan terus ke MSB, SBB, DB (harap dah tahu singkatan tersebut) dan "PPPAANNNGGG"!!!!! terkene peralatan elektronik,lalu rosak dan terbakar...dan itulah sebab dicipta SPD nih.

Kenapa kite pasang SPD?
- Melindungi drp. arus lebihan dlm jangka masa yang sgt singkat.
- Untuk melidungi peralatan elektronik daripada rosak.
Perkara yang menyebabkan surge/over voltage ialah Lightning & Swicthing.

Fungsi SPD?
- Mengalihkan surge tersebut ke bumi (earth) dengan seberapa pantas yang boleh.
- Sekarang, peralatan elektronik yg sensitif yang dilindungi SPD seperti komputer, modem, kamera sebagainya dilindungi.

Kesan kepada peralatan elektronik ,jika tidak pasang SPD atau silap design SPD
- Akan menurunkan kualiti peralatan elektronik
-Terbakar

brand yang biasa pakai ialah marsa (sila kllik utk maklumat lanjut)..pilih barangan buatan malaysia...mengikut kata - kata pengilang dan org berpengalaman menyatakan...SPD buatan malaysia adalah bagus kerana..kite test product tersebut dlm iklim malaysia yang kadar ligthning tahunan lebih kerap berbanding produk luar negara yg kadar lightning tahunan yg rendah.
" so pilih buatan malaysia.."

" semua terjemaah di atas adalah berdasarkan pemahaman saya semata - mata, jika terdapat salah dan silap sila betul pemahaman saya......belajar sampai liang lahat."

2 comments:

  1. boleh tanya litar skematik untuk SPD ni?
    adakah ianya dipasang sebelum MCCB atau ELCB ataupun sebelum peralatan contoh :-
    ELCB -> SPD -> C20
    SPD -> MCCB -> ELCB -> C20

    ReplyDelete